Tuesday, March 18, 2014

tahniah kesayangan

ni event last year.
bulan november.
belum pekasam sangat kan.
wedding yanna weh.
da kawen da yanna.
farah je tinggal.
pompuan tu mmg le.
suka nk bg tanggungjawab besar kat aku n mr sapic.
aku n mr sapic rasa bertanggungjawab sangat nk jaga farah tu.
sebab dia tu ntah la.
aih susah nk cerita.

mcm yanna.
dia xrapat ngan mr sapic mcm farah rapat ngan mr sapic.
la mmg la. aku farah n mr sapic satu class.
yanna ni kawan aku dr kecik ok.
so bila dia kawen.
aku la pmpn buat2 sibuk.
padahal xde la tolong sgt pon.
haha.

lagi satu.
bila kuar ngan yanna.
mmg ktorg xsempat snap gambar.
sebab tak biasa kot.
dulu hari2 jumpa.
org kalau jumpa hari2 mana nk snap pastu dulu henpon x canggih.
tp skang jarang jumpa.
bila dah jarang lupa plak sebab kepochi banyak.
so mmg susah la ade gambar ngan yanna. =(



her day.
tudung aku tu kerepot sangat.
menyampah aku.

masa dia nikah ni aku pg ngan mak aku je.
mak aku pon nk la sibuk gak.
yela weh besar depan mata.
harus la kepoh2.
hahaha.

*jap nk recall cerita. banyak da lupa. ahahahaha




yanna kawen ari jumaat petang.
aku n mr sapic half day masa ni.
dr office tros pg rumah mak.
siap2 dalam kol 4 aku and mak pg masjid negeri kat seremban tu.
sampai situ. aku n mak je dah sampai.
yana tgh siap2 lg kat butik.
so menunggu la kat masjid tu kejap.

x lama lepas tu nmpak family yanna datang.
aku as usual perempuan kepochi menyibok la tanya which dulang hantaran yang aku kena angkat.
pastu fahmi abg yanna soh angkat sirih junjung sebab dalam ramai2 tu aku je bukan anak dara.
xde motif sgt fahmi ni.

masa sesi akad nikah.
aku harap sgt tok kadi ni x melalut mcm tok kadi aku dulu.
masa aku nikah dulu, khutbah nikah sejam hokey.
rasa nk pengsan.
dr berdebar nk jadi bini org rasa mcm nk bg amukan.

rasanya yanna sah jd wife afzan dengan sekali lafaz je kot.
cte lama kan. mmg la da lupa.





masa batal air semayang.
masa ni semorang rileks je.
masa aku nikah dulu.
yang menangisnye xleh la nk kira.
rasa semua la nk nangis.
sedih sangat gamaknya.
tp masa nikah yanna ni semua sempoi.


ni mas kawen.
gigih ok bg mas kawen gulung2 mcm ni.
jenuh la nk bukak.


awwww...


jumaat malam tu aku pg kejap tempat yanna reception besok.
yanna tak buat kat rumah dia.
dia buat kat berek polis tempat rumah ktorg masa kecik2 dulu.
kenangan sangat tempat kau kawen ni naa...
nk tlg la ape2 yg patut.
tp xde buat ape sgt pon.
sebab masa tu blh kata semua da setel.

hari kejadian.

aku mmg set dah nk dtg awal.
kengkonon nk tgk yanna bersiap la.
tp sampai tu yanna da siap da pon.
pantas sangat.

x lama lepas tu family afzan sampai.
bermulalah tentatif usual org kawen.
;)

berarak,sanding,tepung tawar, makan beradab, potong kek, pastu bergambar.
(nmpak tak pemalasnye aku nk taip entry)

silver and peach theme.


ex schoolmate


yg tengah tu pengapit, yang kanan tu kakak ipar yanna, belakang belah kanan tu ayah aku. eh terselit plak ayah kat situ. ;)

ayah tabah je. aku suruh datang awal n balik lambat.
masa nk balik tu aku tgk ayah n ziyad dah tertido kat bilik ape ntah. bilik tu ada katil semua.
kesian dorang. hehehe

 ni family yanna kecuali adik yanna. dia ade kat obesi sana.



ni exschoolmate ttj. lelaki kanan yg duduk tu ex classmate. sebelah aku tu gf dia. x sangka ok. dia tu mcm pemalu je dulu.

ni mak yanna. ni muka penat okey. muka aku penat muka mak yanna double penat.

gambar aku kat pelamin ngan yanna n mr sapic malas aku nk upload.
gemuk gle aku.
kojaq sangat taw.
xnk bgtaw pon ahkak nmpak gemuk kat gmbar tu.
even mmg gemuk tp kalau tgkap angle baik blh cover ape.. hahahaha


btw yanna dah pregnant pon skang.
gud luck m2b.take care!!!


=)







Monday, March 17, 2014

ziyad and gigi


ziyad baru 2 tahun 8 bulan. baru 2 tahun 8 bulan hokey. tapi gigi dah berlubang. sabar je aku taw. dr malam semalam dok bising-bising sakit gigi. mr sapic plak dia paham sgt org sakit gigi ni mcm mana. sebabnya dia pon selalu la sakit gigi. so kengkonon dia memahami sgt la ziyad tu. so arini bawak la ziyad jumpa dentist.

and mcm aku agak la. kompom la meraung segala. aku pon cuak gak la sebenarnya ble tgk dentist tu dok korek2 gigi ziyad. xpe2 mak kena cover tabah. nk jugak snap gambar. tp semua tenaga kat klinik tu guna nk pegang dia. sabor je la.

ni lagi sebulan kena jumpa doc balik. so ayahnye dah pesan. no sweet, no cake, no cohocolate. kesian.
acc nk cerita pasal dentist kat bandar baru bangi ni. kat sini mmg banyak dentist k. so pepandai la nk pilih yg mana ok. aku ada dua history dengan klinik gigi ni.

satu klinik tu. area seksyen 8, klinik dia bagus, selesa and cepat la jugak. tapi mahal kemain ok. mr sapic la aritu, gigi berlobang, aku ingat nk cabut la. sekali kena tampal je. tampal untuk 2 batang gigi adalah 300 hengget hokey. menangis nk bayar. aiyoo... mahai la kemain.

mcm td, tampal sebatang gigi ziyad baru 50, and kalau x silap aku, kalau cabut baru 20 kot sebatang. at least ok la klinik ni. aku pg kat klinik pergigian puteri seksyen 3. doktor pon ok. ramah and siap pesan few thing kat ktorg.

and now. misi menjaga gigi ziyad. aku takut btol gigi dia jadi hitam2 tu. ai is scary. =/





Friday, March 14, 2014

two issues, keep pray and stay health


First,

 #prayforMH370

hari-hari cerita pasal ni.
setiap masa kat office bukak live awani.
we are still hoping,
keep praying,


dalam banyak2 gambar yg org dok share.
ni gambar paling terkesan kat hati aku.
mcm ni la harapan kita.
please come back MH370


now,
jerebu
kalau yg duduk selangor n n9 taw la hazab dia.
aku ni sampai sakit2 dada.
jangan asthma sudah.
ziyad plak batuk xhilang2.
time tido pon dok batuk x henti.

ktorg kuar lunch pon kalau blh pg tmpat bertutup.
sesak nafas jdnya kalau byk lepak tmpat terbuka ni.
cepatlah hujan.
nk pg jogging pon malas jerebu ni.
lemak dah menari2 ni.
lama da x workout.
haih.......











serbuk ikan bilis buatan sendiri


kalau anda wanita bekerjaya, dan suami anda suka paksa anda masak hari2, maka
and kena jadi wanita yang organise agar tidak penat sangat di malam hari. hahaha

aku ni nk kata rajin masak hari2 tu xdela.
tapi kalau blh mr sapic mmg nk aku masak.
so on weekdays kalau nk masak,
time tu baru nk blend bawang, cili segala
mmg pukul 9 mlm la baru dpt dinner.

so selalunya aku mmg buat stock bawang, n cili kering siap2.
kalau lain2 tu mcm ikan aku akan potong and simpan bekas kecik2 ikut portion masa nk masak.
ni lain kali la aku share eh.
cara senang nk cepat masak.
btw aku yakin la.
mmg ramai mommies yg buat mcm tu.

arini nk share pasal serbuk ikan bilik homemade.
ade je kan jual kat kedai serbuk ikan bilis.
mcm2 brand ada.
tapi aku more prefer yg buat sendiri.
senang, bersih, xde MSG n murah.






just beli ikan bilis yang murah2 tu.
yang paling murah pon xpe.
yang kalau goreng liat nauzubillah tu. ;)

basuh bersih2 n masukkan dalam microwave untuk keringkan.
then masukkan dalam blender kering, kisar sampai jadi serbuk.


kisar sampai jadi mcm ni.
then masukkan lagi sekali serbuk ikan bilis ni dalam microwave.
so dia akan lagi tahan lama.


then masukkan dalam balang n simpan dalam peti ais.
siap.

senang kan.
korang blh guna masa nk buat nasi goreng, meehoon goreng, masak sayur, bubur. eh byk lagi la.
and yakin la dia lg sedap dr serbuk ikan bilis yg beli kat kedai tu.

sila apply.
sekian.

;)




Thursday, March 13, 2014

carboot sale @ bandar sri putra



saja nk sibukkan diri nk join carboot sale.
best jugak okay.
igt xbest.
join pon sebab saja nk letgo baju2 masa freehair dulu.
pastu adik bradik pon ad bg barang jugak mintak jualkan.
jadi byk plak barang.
masa tu rasa banyak sangat dah barang ktorg.
sekali masa pg tu.
barang org lain lg banyak dr ktorg k.
xpe2. next time kita kumpul lg byk k.



barang jualan.
masa ni budget la banyak
sekali tgk jiran sebelah punya.
selambak ok dorang jual.



baju kebaya lace yg sayang nk jual.
tp apakan daya.
sudah tidak muat.


korang tgk barang jiran booth ktorg.
oi banyaknya.
aunt ni barang dia masa dia duk oversea.
so balik sini dia jual.
masa kat sana xsempat nk jual.
dia ckp kat sana selalu org buat carboot.
kat malaysia so far sini paling besar.
tu yg dia join.

aku ni nama je duk area sini.
ni first time join.


ni ukmmate.
padahal rapat je.
aku xtaw dia join n dia pon xtaw aku join.
cit.


ni pon sama.
booth dorang sebelah2.



acc semua family aku datang.
sanggup la dr senawang datang sebab nk support aku.
terharu mak noks.
padahal join carboot je pon.
kalau bukak butik xtaw la cane hebohnye mak aku tu kan.



petang tu ada photoshoot utk theCardi plak.
kita pakai khidmat adik bradik je.
senang,mudah n xyah bayar.
hahaha

buat kat taman botani.
setel photoshoot.
mari la kita ke dataran putrajaya main belon.

=)



tiga beradik.
hidung photostat.



mak and ayah.
ayah ni kalau x dye rambut nmpak tua sangat.
tlg la dye balik.


setel kat dataran putrajaya g makan kat mr kabab.
upah teman aku dr pg sampai petang..


;)






Thursday, February 27, 2014

kelam kabut.

minggu ni mmg la sesangat kelam kabut.
kat ofis heboh nk audit.
kat rumah busy nk kenduri.
last week aku sangat la flat.
sehari mc. sehari el.
selamba badak.
baju berkoyan baru lipat semalam.
mcm gila.
lipat baju pemalas kot.
pastu lately malam je masak.
sebab last week mc sebab gastrik.
dah kena marah ngan doktor.
so minggu ni mr sapic soh masak hari2.
padan muka.

ahad ritu aku ad buat car boot sale.
ni esok cerita.
tu pon kalau rajin.
k bai.



*entry pemalas sangat.



Wednesday, February 12, 2014

family and makan makan



rasanya lama sangat xpergi makan ngan big family.
selalu kalau makan mesti ada yg xcukup.
macam family aku senang je nk kumpul.
adik bradik ade tiga org je.
pastu pesen suka balik rumah mak sebab pemalas.
kalau duduk rumah mak.
weekend bgn pagi breakfast dah siap.
so best ke x best balik rumah mak??

kalau adik bradik mr sapic mcm susah skit.
adik bradik 6 orang.
so nk kumpul semua mcm payah le skit.
last ktorg berkumpul ramai2 masa celebrate syauqie dpt 5A UPSR.
tu la last kot.
tu pon abg mr sapic xde.
maka lepas je taw dia dapat 5A.
malam tu street pg laman gril.
kedai chef zubir tu.
ktorg pergi yg kat bangi punya.




ni mak mentua kita.
mak mentua yg sangat baik.
kasian dia dapat menantu garang.
ahahaha.
tp bagus la kontra.
kalau dua2 garang.
pengsan anak dia nk handle kang.



ni plak anak bertuah.
bertuah sangat.



masa pergi sini chef zubir non hado.
so far tempat dia best.
ok la nk berfine dining kat sini.
deco lawa.
tp xsnap pon.
sembang je banyak.
gambar yg lain pon kat henpon mr sapic agaknya.
malas aku nk korek kat mana.



dua makanan ni yg aku n mr sapic order.
apa nama dia aku lupa.
dua2 sedap.
mmg berbaloi la.


kalau kuar ngan family aku.
ayah more prefer makan nasik.
so kena pg restoran yg byk choice nasik.

oi lamanya x wat makan2.
barbeque pon lama da x buat.


eh yan... kau bukan tengah diet ke????