Showing posts with label apek and yanz. Show all posts
Showing posts with label apek and yanz. Show all posts

Tuesday, July 08, 2014

cuti masak



semalam hari pemalas.
semua la nk malas. ikutkan nk datang kerja pon liat.
sebab weekend tu x berhenti buat biskut raya.
pastu pack. jumaat abis kerja balik senawang.
jumaat malam start baking. sabtu buka puasa kat umah uwan kat seri menanti tu.
malam tu sambung baking lg.
ahad plak kuar bli barang dapor. balik rumah sambung buat biskut balik. petang pg bazar kat stadium paroi.
sebab nk carik murtabak biso bonar.

mr sapic da la keje on weekend. so nk melayan perangai ziyad mmg cobaan.
nasib ayahmakgdamira semua ada. so xde la stress sgt.
so semalam mmg lemau kuasa lapan.

sampai opis siap blur lg nk wat ape dulu.
setel few kerja. ttbe teringat.
rabu ni birthday ziyad. satu ape pon aku x prepare.
menggagau carik baker. pikir venue. pikir theme.

malas nk pikir bebanyak. so kita celebrate simple je. lgpon ramadhan kan. xkn nk wat party plak.
so for that event 80% setel.

dah ptg. malas nk pk buka apa. text mr sapic ajak buka luar.
then aku decide makan kat homst,bangi gateway.
chinese restaurant. dulu mr sapic mmg xsuka makan kat chinese restaurant.
tp ade aku kesah. ikut tekak aku. kalau tekak dia fast food manjang.



suami busy. arini dia buka kat ofis lg. so arini masak simple je. eh selama ni mcm la masak bnda susah2. hahaha. tu muka mcm tu sebab gigih pasang mainan free kinder joy. hehe


super mom. handle anak lelaki yg makin lasak makin over. semua la dia. 1 malaysia sgt ziyad ni taw.


hai la anak. rindu la. kang amik bawak opis kang. hehe


aku sampai dulu kat bangi gateway ni.
mr sapic dr pj around 4.30 biasanya 6.30 baru sampai bangi.
so pick up ziyad kat taska then pg book restaurant.
masa book standard la kan tros order. so aku main order je.


cantonese kuew teow. ni sedap. ziyad pon suka. ikutkan aku order chinese fried rice utk ziyad (lupa snap gmbar). tp dia nk yg ni plak. so kita exchange. tepaksa la aku makan nasik. "___"



kong pou chicken. ejaan lupa mcm mana. tp bunyi dia lebih kurang mcm tu la.
ni mr sapic punya. aku main bedal order ikut tekak aku. nasib suka.


and air. kurma free. air kosng free. total semua 41.00 no tax.


malam ni xleh nk bermalasan.
kena masak. mr sapic balik lambat.
so what for iftar???

kakyan. pukul 9pg pon belum. dah pikir nk buka ape.
mak2 sgt aku ni.
hahahaha






Monday, May 05, 2014

pengaruh JJCM



aku mmg suka sangat lah tgk JJCM
tp ade je yg miss.
kalau tertengok tengok. kalau x tengok pon xpe.
tapi masalah bila dah tertengok cepat naw terpengaruh.
mula la nk try gak kedai tu.
oi parah aku ni. lg parah mr sapic la sebab kena layan.
nasib la suami, dapat bini suka makan.

ni satu kedai ni.
dekat bangi je.
sebab tu try. baru gak masuk JJCM.
last two week rasanya.
Choleq @ reko sentral.

masa pergi tu x brapa nk ramai org.
pastu myb sebab baru bukak
so servis dia slow sikit.
tp makanan dia ok la.
kalau sape yg suka colek2 ni blh la try pg situ.
aku amik tiga menu je aritu sebab makan pon anak beranak je.





 choleq ayam cherang - ada ayam, paru, perut and sayur2 and keropok.

ikan kembung n fish ball

air lupa plak nk snap.
aku order carrot susu. sedap jugak.

so far colek dia myb xleh la nk lawan mcm kat terengganu tu.
tp ok la kalau sesape rindu nk makan ikan baru goreng blh la pegi sini.
just makan dlm kedai la ye. bukan makan tepi laut ;)




kedai kedua.
ni jauh skit. kat jaya one pj.
tp xdela aku pg sini semata2 nk makan kat sini.
ade lunch date ngan encik suami aritu.
pusing2 last2 makan kat sini.
terpengaruh sebab dia pg tayang plak JJCM btol2 depan pintu masuk kedai.
so ahkak haruslah nk cuba kan.
;)

SHOGUN Xpress
korean food.
xtaw la nk cite ape.
nk komen benanyak pon xreti sebab ai bkn org korea.
so ai rasa sedap je la.
hehehe.
tp so far ok dan sangat mengenyangkan. potion nmpak kecik tp kenyang gilos.

antara menu yg ada.


aku nk sgt makan bulgogi tu.
tp mr sapic xnk.
nk order takut x abis sebab aku dah order bibimbap.
xpe next time kita try.
jaya one ni sblah je ngan opis mr sapic.



my lunch.
bibimbap.
sedap tp xabis. banyak sangat.
just nasik tu mcm fail skit.
aku xrasa beras tu btol2 dr korea sebab mcm beras malaysia je. hehehe


ni burger mr sapic.
nmpak mcm buger biasa tp "inti" dia sedap.
ayam cincang2. dia xbuat bentuk patty.
dia mcm ayam cincang dalam kebab tu.
mmg mcm tu korean burger style???





bg aku kalau kedai yg kategori x brapa nk mahal n rasa dia ok.
kedai tu blh dikunjungi lg.

;)


Friday, May 02, 2014

makin malas



amboi kakyan. seminggu satu entry je.
dasar sangat kan.
membizi sekarang ok.
kat office tengah cover staff yang cuti bersalin.
so gle x busy.
sangat busy ok. *lap peluh.
ah. malas la nk bg alasan.
cakap jela malas. haha.

last week ari sabtu pergi kenduri kawen lg.
ni ex schoolmate.
kelas lain,dorm lain,sekolah je sama.
dia ada blog dulu.
tp pehal ntah senyap je blog dia.
si farah suka baca blog dia.
bak kata farah blog dia jujur sangat.

masa pg wedding pijah ni abis semua aku angkut.
bawak mak n ayh ok.
aku ni mmg suka bawak mak ayah aku pg wedding member.
mak n ayah plak kalau xde hal mmg ok je nk ikut. hehe.
senang weh. ade org nk jaga anak.
gila xheaven. aku ni ble jmp kawan cepat lupa diri skit. ;)


aku suka sangat pengantin pakai songket.
btol2 nmpak raja sehari ok.
xkira la colour ape pon.
mmg cantik n classic.
aku dulu masa kawen mcm xnk je pakai songket. 
tp bila pakai rasa mcm eh best la.
xpanas ok.
xserabut mcm pakai baju lace batu penuh satu baju.
oi..nk jalan pon susah ok pakai full lace masa belah aku. 

baju yg pijah pilih ni sama colour baju mak dia pakai masa mak dia kawen dulu.
so mmg classic la.
just org dedulu acsesories nk banyak je kan.
skang simple je.
aku plak mak aku nye baju kawen xmuat ok masa aku nk kawen tu.
dasar sangat kan. so buat lain.
kaler blah mr sapic pilih sebab pakai masa kat blah mr sapic.



eh ttbe upload gambar kawen sendiri. hahahaha
bnda aku paling suka masa belah mr sapic ni ialah MUA aku setting rambut aku.
mmg lawa gle ok. gle perasan.hahaha
tp series la. aku puas hati sgt. rasa mcm rambut aku la paling cantik masa tu.
tgk dr depan biasa je. tgk dr belakang. padepowwwww. hehe

eh over lak cite aku kawen dulu dah kenapa.



masa kat wedding pijah ni few je kawan yg aku sempat jumpa.
sebab aku nk balik awal.
nk balik kg.
tp awal x awal la pon. sebab ramai plak kawan ayah aku kat situ.
sebab arwah ayah pijah ni polis. so sama kawan kot. ntah.

yg baju hitam gambar blah kiri bawah tu kira pengantin baru gak.
and dah preggy ok.
tahniah la ye elly.
aku pg jugak wedding dia dulu.
tp xingat la up entry ke x.
jap aku up gambar.



 aku,nono,elly and pijah. masa ni pijah jd bridesmaid.




ni peneman setia.
sayang kamu dua ketat ketat.



ahad tu x kemana.
duk rumah je.
ayah n mak ade ajak balik kg.
sebab nk kemas rumah.
tp malas nk ikut sebab semalam da balik arini nk balik lg.
next week adik aku tunang.
buat kat kg. so mmg kena kemas byk bnda.
last buat kenduri masa arwah atuk ada lg.
ni baru nk start buat kenduri balik.
sekor lembu gak tumbang.
xpaham aku. masa aku tunang dulu pon mcm tu.
wan aku ni mmg suka tumbangkan lembu agaknye.


ahad tu nk masak pon malas.
nk kuar pon malas. sebab seharian hujan.
so bli piza je la ye.





esok ada dua kenduri lg.
makin naik la kau kakyan.





Thursday, March 13, 2014

carboot sale @ bandar sri putra



saja nk sibukkan diri nk join carboot sale.
best jugak okay.
igt xbest.
join pon sebab saja nk letgo baju2 masa freehair dulu.
pastu adik bradik pon ad bg barang jugak mintak jualkan.
jadi byk plak barang.
masa tu rasa banyak sangat dah barang ktorg.
sekali masa pg tu.
barang org lain lg banyak dr ktorg k.
xpe2. next time kita kumpul lg byk k.



barang jualan.
masa ni budget la banyak
sekali tgk jiran sebelah punya.
selambak ok dorang jual.



baju kebaya lace yg sayang nk jual.
tp apakan daya.
sudah tidak muat.


korang tgk barang jiran booth ktorg.
oi banyaknya.
aunt ni barang dia masa dia duk oversea.
so balik sini dia jual.
masa kat sana xsempat nk jual.
dia ckp kat sana selalu org buat carboot.
kat malaysia so far sini paling besar.
tu yg dia join.

aku ni nama je duk area sini.
ni first time join.


ni ukmmate.
padahal rapat je.
aku xtaw dia join n dia pon xtaw aku join.
cit.


ni pon sama.
booth dorang sebelah2.



acc semua family aku datang.
sanggup la dr senawang datang sebab nk support aku.
terharu mak noks.
padahal join carboot je pon.
kalau bukak butik xtaw la cane hebohnye mak aku tu kan.



petang tu ada photoshoot utk theCardi plak.
kita pakai khidmat adik bradik je.
senang,mudah n xyah bayar.
hahaha

buat kat taman botani.
setel photoshoot.
mari la kita ke dataran putrajaya main belon.

=)



tiga beradik.
hidung photostat.



mak and ayah.
ayah ni kalau x dye rambut nmpak tua sangat.
tlg la dye balik.


setel kat dataran putrajaya g makan kat mr kabab.
upah teman aku dr pg sampai petang..


;)






Wednesday, February 12, 2014

family and makan makan



rasanya lama sangat xpergi makan ngan big family.
selalu kalau makan mesti ada yg xcukup.
macam family aku senang je nk kumpul.
adik bradik ade tiga org je.
pastu pesen suka balik rumah mak sebab pemalas.
kalau duduk rumah mak.
weekend bgn pagi breakfast dah siap.
so best ke x best balik rumah mak??

kalau adik bradik mr sapic mcm susah skit.
adik bradik 6 orang.
so nk kumpul semua mcm payah le skit.
last ktorg berkumpul ramai2 masa celebrate syauqie dpt 5A UPSR.
tu la last kot.
tu pon abg mr sapic xde.
maka lepas je taw dia dapat 5A.
malam tu street pg laman gril.
kedai chef zubir tu.
ktorg pergi yg kat bangi punya.




ni mak mentua kita.
mak mentua yg sangat baik.
kasian dia dapat menantu garang.
ahahaha.
tp bagus la kontra.
kalau dua2 garang.
pengsan anak dia nk handle kang.



ni plak anak bertuah.
bertuah sangat.



masa pergi sini chef zubir non hado.
so far tempat dia best.
ok la nk berfine dining kat sini.
deco lawa.
tp xsnap pon.
sembang je banyak.
gambar yg lain pon kat henpon mr sapic agaknya.
malas aku nk korek kat mana.



dua makanan ni yg aku n mr sapic order.
apa nama dia aku lupa.
dua2 sedap.
mmg berbaloi la.


kalau kuar ngan family aku.
ayah more prefer makan nasik.
so kena pg restoran yg byk choice nasik.

oi lamanya x wat makan2.
barbeque pon lama da x buat.


eh yan... kau bukan tengah diet ke????






Monday, December 02, 2013

Minum petang



minum petang ni rutin wajib mr sapic.
dia kena minum petang.
even sampai rumah pukul 7 malam.
still nk minum petang.
kalau aku mmg xkoser la.
bek la dinner terus.
tp dia tu kemain mengada.
kena jugak ada minum petang segala.
sebab kat opis dia jarang lunch.
so minum petang tu wajib.
aku kalau kenyang aku mmg ajak balik rumah je.
tp kalau aku lapar. aku ajak g kedai je terus.
keji x.
perut sendiri kena jaga beb.
perut laki no 2.
ish ish.

selalunya mmg minum petang kat rumah je.
makan ringan2.
x pon singgah kat pekan bangi tu beli pisang goreng.
pastu tggl buat air je.
tp macam aku cakap td la.
kalau aku la yang lapar.
mmg xkn la aku nk minum kat rumah.
makan kedai je.
hahaha

petang tu aku ingat nk makan kat burger king kat bangi gateway tu.
sekali mr sapic ternampak teh tarik place.
so moh la kita cuba.



konsep dia sama macam kopitiam. order tulis sendiri. 


ziyad ni mmg la.
pg la mana pon kena ada tab.
kalau tak dia mengamuk satu kedai.
i is tension.
nasib la dapat ayah penyabar.




roti canai RM 2.30.
roti boom RM 3.30.
mahal ke murah?
bincangkan.



maggie sup RM 6.90.
bincangkan lagi sekali.



tapi kedai dia lawa.
modern plus retro.
kedai ni franchaise sebenarnya.
so kat tempat lain pon ada.


ni tukang bayar.
dia cakap makan bnda yang berbaloi.
hahaha.


ko tgk rambut dia.
sopek sana sini.
keje aku la.
nk save duit sangat xnk bawak anak pg salon.
sudahnya masa balik senawang terus ayah aku bawak g kedai.
hahaha.

milo tabur.
air pon order satu je.
hahaha.


nasi lemak sotong mr sapic order.
aku tanya ni dinner terus ke.
selamba je cakap.
x la dinner lain.
fine.


kuew teow mamak aku punya.
licin jugak.
sebab mahal.
=)


Thursday, November 28, 2013

Melaka


ni cerita haritu.
common sangat ckp aritu je.
=)

aku x berniat pon nk ikut mr sapic.
tp dia paksa gak ikut.
masa ni dia kena attend workshop ke ape ntah.
xkosser aku nk amik tawu.
kat melaka.
dapat tawu melaka lg la aku mcm malas nk ikut.
pastu siap cakap.."ni arahan suami b".
amboi kau.
kemain guna kuasa suami.
nasib la masa tu weekend.
so layankan jela.


tp gerak pon dah lambat.
dalam 6.30ptg mcm tu baru gerak.
drive pon slow je.sebab xrushing sangat.
sampai rnr ayer keruh tu ingat nk dinner.
sekali kemain banyak kereta.
pastu ckp ngan mr sapic kita pg check in dulu la.
tp dia xnk plak.
nk makan gak dulu.
susah2 sangat pikir tempat makan.
sudahnya decide pg umbai.
sebab hotel tu depan je skit dah umbai.
area bukit katil.
bayou lagoon.
aku rasa la bayou lagoon ni mmg tempat org wat kursus la.
bangunan dia besar2 n banyak bilik seminar.

nk mencarik umbai pon satu hal.
sebab aku dah lama gile la xdtg sini.
xde la sesat tp mcm hape je la.
xtaw nk makan kat kedai mana satu.
sudahnya makan kat parameswara xsilap aku nama kedai tu.

sampai2 pilih meja n aku terus g pilih seafood.




makanan belum sampai tp benda ni sampai dulu.. mengiurkan betul.. dah la lapa gile masa ni.


pastu sampai nasik lemak. nasib la aku xnk makan nasik. nk ratah lauk je. kalau makan nasik mmg x abis la lauk2 tu.


tp ziyad harusla xsabar nk makan. plus dia suka sangat nasi lemak. aku pon suka gak. plus yg bungkus daun pisang ni. tp ku tahan nafsuku jebat.


makan la sendiri.. kang kalau aku suap tersuap plak ke mulut sendiri. haha


tuan tanah yg super duper belacan dan lebar.
aku dah letih gile.
eh. macam la kau drive.
over taw dia punya penat tu.


ko tgk.
aku order udang 2 ekor
sotong sekor.
jadi la kan.
makan anak beranak je.
ni pon jenuh nk abiskan.


sayur campur.
mr sapic ckp lepas ni jgn la nk order sayur ke ape.
sebab nk makan seafood ni kena concentrate makan seafood je.
sayur semua xpayah.
over sangat nk concentrate bagai.
tp sedap je sayur ni.
just xabis. rasa membazir.
kalau balik rumah mmg aku dah tapau.
ni nk balik hotel x kosser aku.


siakap bakar kosong.
aku mmg nk order kosong.
baru rasa manis ikan tu.
ni la saiz paling kecik.
ni pon bergaduh suruh abiskan.
aku sebelah mr sapic sebelah.
sengkak perut ok.


ni menu wajib.
pepahat masak pedas.
oi teringat.


total makan semua 67.50.
murah la bg aku.
sebab semua fresh.


setel makan tros shot pg hotel.
check in dalam kol 10malam xsilap aku.



ni lobby hotel.
xde la besar sangat n xde la kecik sangat.
setahu aku hotel ni hotel baru.
belum sampai setahun. 

ni link hotel ni --->  bayou lagoon.
dah check in segala.
moh le masuk bilik.
badan flat sangat dah masa ni.




aku mengharapkan ada la bath tab ke jakuzi ke.
sekali non hado.
kecewa.
hotel ni ada water park.
tp mmg dah set xnk pg water park sebab ziyad kan baru keluar hospital.
kang mandi2 xingat dunia. demam plak balik.
mmg x la.
so mmg dah set la xnk pg mandi segala. kita mandi dalam bilik je.
sekali xde tab.
double kecewa. baru ingat nk spa mandi susu bagai. hahaha

katil tu aku xberkenan.
mr sapic ni bukan reti nk request nk katil queen.
bg seprate katil mcm ni mmg la aku xsuka.
nasib free. kalau kena bayar mmg aku nk tukar bilik dah.



ni bilik studio.
siap ada bar counter, kitchen area, balcony,living hall.
so far ok la.
kalau takat family lima org blh je amik bilik ni.
yang lain bentang comforter je.
mak bapak tido katil. ;)




ziyad kemana pon kena la bawak adik beradik dia. ;)



over taw.
esoknye tu.
ziyad bangun kol 11 pg ok.
senang keje aku.
aku bangun tgk tv, breakfast, online dengan tenang.
kol 11 tu mandi2 pastu turun lobby.

kat sini selain water park ada jugak game room.
aku bg ziyad main kat situ je.
takut jugak kalau dia nmpak water park.
tp nasib baik dia xperasan.
kalau dia perasan. naya aku.

kitaorg ingat nk lunch kat luar.
tp break tengahari tu mr sapic abis lambat.
so dia soh makan kat hotel je.
kepala otak dah terbayang asam pedas hajah rahmah dah.
aiyooo...
esok la kita makan.



aku terus xlalu nk makan.
kecewa punya pasal.
so order satu je.
nasik ayam tok ziyad.
RM 16 tak silap aku.
so far rasa dia sedap la.
share ngan yad.


setel makan terus naik bilik.
anak beranak tido sampai petang.
mr sapic pg balik dalam kol 2.30 petang.
dalam kol 5 tu baru aku n ziyad bangun.
bengang je dia.
hahaha
sape suruh kan kitaorang ikut.
mmg tido je la jawabnya.

petang tu jalan2.
pegi beli cencaluk, dodol segala.
dia siap cakap aku ni makcik2 sangat.

huh

lepas2 tu xde gambar.
sebab masa ni emosi aku xberapa nk stabil.
;)