Monday, October 19, 2015

Sebab berangan tu free!!







monday blues syndrome.

pic taken from pinterest.

Friday, June 26, 2015

AFF Journey


#AFF journey tu acc # for Farah and Amin big day
ok cerita pekasam.
tapi masih berlangsung tahun ni.
Mac aritu.

mula-mula plan nak naik flight
tapi bila pikirkan dah sampai kelantan kang nak sewa kereta, lepas tu nak pg tanah merah tu bukan dekat sangat dengan airport
so cancel
kita pg naik kereta je la.
lgpon mak nak ikut,
yelah... farah tu dah mcm anak dia...
semua gosip terbaru farah mak nak tawu...
mesti la mak nak sesangat ikut..
ayah pon..nak ikut jugak.. tp sebab dia baru pindah kerja
so segan nak mintak cuti.
then ayah pon xikut la..
ayah ckp xpela.. nanti bila2 blh jumpa laki farah tu

gerak tengah malam.
as usual.
mr sapic mmg suka drive tengah malam.
kalau balik kedah pon dia suka balik mlm2
pastu plan nak ikut jalan terengganu gua musang ke ape ntah
last2 ikut gerik.
jauh skit tp jalan smooth.
katanya.


memang dah budget by the time sampai kelantan dah boleh terus check in hotel
hotel dah booked siap.
kitaorang booked dekat qas hotel, kampung bukit bunga, tanah merah
jumpa hotel ni dulu baru jumpa rumah farah.
so senang.


sampai2 je tros check in.
hotel ni mesra pelanggan sangat
tp sebab cakap kelantan kan.
aku ni paham x brape nak paham
so xdela sembang sangat ngan staff hotel.
tp mak la.
kejap2 kang dia pg lobby sembang ngan staff hotel.
peramah bebenar.


kitaorang booked family room.
1 queen bed and 1 single bed.
and bilik dia adalah sangat besar.
ziyad boleh bersilat dengan happynye dalam bilik tu.
boleh bentang tilam lg la dekat hall dia.
rasanya dlm 6 orang memang muat.
harga bilik ni RM115.00
murah kan.
dengan bilik besar.
just xde astro la.
kalau ade double best.



ni hall dea.
tempat ziyad bersilat.


mula2 farah plan nak nikah ari sabtu then sanding ari ahad
tapi sebab banyak sebab yang btol2 xleh nak elak.
kne postpone nikah ari ahad.
buat semua dalam satu hari.
so sabtu tu xde bnda nak buat.
so marilah kita ke rantau panjang.


rantau panjang adalah panas giler tahap xleh handle.
tahap nak snap pic pon xlalu.
ni snap pon sbb jgn xde.
muka mr sapic berkerut2 bila suruh snap pic.
lgpon rantau panjang mcm ade banyak tempat dah terbakar,
pastu banjir lg.
so tempat meniaga dorang memang bersepah2
sana sikit sini sikit.
panas lagi.
boleh buat migrain lah.
tp sempat la rembat tudung ala2 naelofar 3 helai, kuali 2

mak pon beli tikar, toto, tudung ke ape ntah lg.
kenan, tawar skit2 bayar.
panas kan.. xsanggup nak tawar lama2.
mr sapic dr nak carik jersey tros xjadi la..
sebab xlalu nak pilih.



sepanjang duduk kelantan 3 hari,
ari2 bekfas nasik kerabu
pastu kuih dia banyak based on pulut,
pulut murah sangat agaknye kat sana.
ziyad xyah la,
mmg carik nasik lemak je la.



cerita ahad.
nikah pagi tu dalam kol 9
farah pakai kaler nude idaman hati die.
farah ni dah kenapa la lain naw muka dia make up.


sebab bergamba ngan pmpn kurus kering kan.
effect mcm giant aku sangat terserlah.
heeeee
to be frank..
aku sebak sbnrnye farah dah nikah.
mr spic plak siap ckp lepas beban nak jaga.
hahahaha.
eh sebak la.
banyak sangat dugaan.
kawen jugak akhirnye.



dalam kelam kabut,
kawen jugak makcik ni
semua buat last minit ok.
tp alhamdulillah majlis berjalan lancar,
family dia semua happy,
meriah je kenduri kat kelantan ni
just xde kompang karoke mcm kat sini la.
bagus jugak xde.
kalau ade pon kadang tu menyakitkan hati je.
mcm wedding mira aritu..
hahahaha
tu cerita lain.



lepas setel nikah,
snap pic sikit,
terus siap tukar baju
ngan aku pon menggelupur tukar baju lain
dengan xselesa ngan baju tu
mcm nak terbang je aku rasa..
tp baju farah cantik
full songket
i like ok.


sedih la xdpt nak reunion masa ni
should be ramai datang
tp last minit semua jd kelam kabut
tp xpela.
yang penting selamat nikah.

eh.. xlarat la nak taip lg.
hahahaha


*gambar mak memang xde. mak, kalau ayah xjoin mmg dia xsuka nak bergambar. kalau ayah ade cepat je dia nak posing.



Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan 2015


Salam Ramadhan all....
dah nak seminggu ramadhan dah baru nak ucap.

and blog pon..
setahun dah..
baru nak update..
heeeeeee

ok..barang lepas jangan dikenang.
setahun yang sangat mencabar bagi aku.
and alhamdulillah.
ramadhan kali ni rasa tenang sangat.

btw marilah share lauk buka puasa.
so far tradisi masak sendiri masih dikekalkan.
memang nak elak la beli lauk kat param.
kalau kuih xpe. tu pon yang mmg yakin sedap.
tempat dah biasa beli.

kalau x masak pon.
buka lua sajolah.



ni lauk 2 hari lepas. balik je keje terus buat ikan kembung masak kicap n bendi goreng belacan.
yang tengah tu rendang daging.
buat a day before kat umah atukwahi n wanzah
atuk wahi la.
teringin nak makan rendang daging katanya.
wanzah plak masa tu balik kampung tgk uwan.
wan xbrape sihat.
so kakyan la kena masak.
kuih made in param la.


ni lauk semalam.
mr sapic bulan puasa kali ni x brape nk makan nasik.
so buat la meehoon goreng cili api n gorengkan burung puyuh.
kuih beli kat kedai depan sekolah ziyad.


arini nak buka luar ye.
sebab stok binatang dan hasil tanaman dalam esbok pon xde.
so buka luar.

dah start nak memikir ni nak buka mane.
ingat lepas buka nak ajak mr sapic carik kasut raya.
eh...... 

Thursday, April 16, 2015

start again?

rindu sangat kat blog sendiri.
bila baca balik post lama2.
rasa mcm sethun dua ni xde langsung bnda blh recall.
haih.
mood rajin. please come to mama.


banyak sangat bnda nk share.
esp pasal travel n tido2 kat hotel murah2 tp osem.
i kan mmg suka travel n tido kat tempat murah2 je.. huhu..
ok. tanam azam.
nk korek gaba lama n recall cerita.
;)



go kakyan go.

Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya!!!!


Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Sorry kalau terkasar bahasa terover berbicara.

Tahun ni raya kat Nesmilan - Selangor - Kedah.

Makbapak bakal kayap anak bakal kaya.

;)



Tuesday, July 22, 2014

ziyad turns 3




rasa mcm baru je up cerita ziyad wes loro
ttbe dah up cerita ziyad turns 3 pulak.
how time flies.


sebab birthday ziyad jatuh bulan puasa and weekdays plak tu.
so aku mcm malas nk buat pape.
just igt nk buat pulut kuning then hantar surau.
tp xsempat sbb that day aku kne attend workshop.
so mmg xsempat. nk order xtaw sape sudi buat. eh alasan sgt kau ni kakyan.

9 julai tu ari rabu. isnin tu baru dok pk nk buat pe.
so isnin tu baru call restaurant and booked. baru nk carik baker.
baru nk buat invitation. baru nk pk theme.so kelam kabut sgt la.
nasib semua ok. just xsemua our big family members yg ade.

aku buat kat pondok malindo bangi.
aku xtry book yg lain sbb ni first choice and still available so tros on.
plus dekat je kan. just mak and ayah la jauh skit kne dtg dr senawang tu.

aku sampai awal jugak la. dalam 6.30 ptg mcm tu sebb nk setting table and cake.
aku order cupcake je. kang order kek sebijik kompom xabis.
anddddd ziyad suka sgt cup cake tu.
bantai la nak. mak ko xtaw nk pk theme ape lg.



happy kemain la dia kan.
semua org yg dia sayang ada masa tu.
buat la perangai mcm mana pon xde yg marah.
aku pon kne la cover amarah. hahaha.
lgpon his day kan. so lantak la. nasib xde meja terbalik ke. just air je kot ade yg tumpah.

makanan order awal.
awal2 aku dah sent menu then bgtaw aku nk makan pe.
senang. nanti masa buka puasa makanan dah ade.

buka minum air and makan appertizer dulu then acara yg ditunggu2.
xmenyempat ok ziyad nk tiup lilin.
(bahagia tgk dia happy. sampai skang dia igt lagi moment tu.. ---- eh kakyan jgn emo)




props tu pon buat last minit.
sebab xde heavy decoration.
so kita buat props sajooo.
jgn xde.hehehe


hadiah kan.
nanny,paklang and paksu bg swimming pool, dira and jieha bg soccer pe ntah. yg ade gol 2 tu and bola.
atuk and wan bg hadiah sampai 4. semua mainan.hahaha
mira bg kasut. gida je blom bg. ble maw bg?? hahahha..

eh papa boi ade bg jugak.
sabtu minggu tu kuar dgn papa boi ziyad. dia blanje iftar. and ade jugak tiup2 lilin ni. gasak la.
and dia bg kasut. suka kakyan.
save duit bli kasut raya.
so blh bli kasut kakyan lbh skit. ;)




family photo.
mmg xpnah semenggah.
anak and ayah sama perangai.
aku je ttbe nk cover cun sesorang kat situ.



*igt nk buat photoshot raya. tgk la sape yg sudi and kalau ade masa. =)



HAPPY BIRTHDAY ZIYAD!!!!!

semua orang sayang awak.sayang sesangat.














Tuesday, July 08, 2014

cuti masak



semalam hari pemalas.
semua la nk malas. ikutkan nk datang kerja pon liat.
sebab weekend tu x berhenti buat biskut raya.
pastu pack. jumaat abis kerja balik senawang.
jumaat malam start baking. sabtu buka puasa kat umah uwan kat seri menanti tu.
malam tu sambung baking lg.
ahad plak kuar bli barang dapor. balik rumah sambung buat biskut balik. petang pg bazar kat stadium paroi.
sebab nk carik murtabak biso bonar.

mr sapic da la keje on weekend. so nk melayan perangai ziyad mmg cobaan.
nasib ayahmakgdamira semua ada. so xde la stress sgt.
so semalam mmg lemau kuasa lapan.

sampai opis siap blur lg nk wat ape dulu.
setel few kerja. ttbe teringat.
rabu ni birthday ziyad. satu ape pon aku x prepare.
menggagau carik baker. pikir venue. pikir theme.

malas nk pikir bebanyak. so kita celebrate simple je. lgpon ramadhan kan. xkn nk wat party plak.
so for that event 80% setel.

dah ptg. malas nk pk buka apa. text mr sapic ajak buka luar.
then aku decide makan kat homst,bangi gateway.
chinese restaurant. dulu mr sapic mmg xsuka makan kat chinese restaurant.
tp ade aku kesah. ikut tekak aku. kalau tekak dia fast food manjang.



suami busy. arini dia buka kat ofis lg. so arini masak simple je. eh selama ni mcm la masak bnda susah2. hahaha. tu muka mcm tu sebab gigih pasang mainan free kinder joy. hehe


super mom. handle anak lelaki yg makin lasak makin over. semua la dia. 1 malaysia sgt ziyad ni taw.


hai la anak. rindu la. kang amik bawak opis kang. hehe


aku sampai dulu kat bangi gateway ni.
mr sapic dr pj around 4.30 biasanya 6.30 baru sampai bangi.
so pick up ziyad kat taska then pg book restaurant.
masa book standard la kan tros order. so aku main order je.


cantonese kuew teow. ni sedap. ziyad pon suka. ikutkan aku order chinese fried rice utk ziyad (lupa snap gmbar). tp dia nk yg ni plak. so kita exchange. tepaksa la aku makan nasik. "___"



kong pou chicken. ejaan lupa mcm mana. tp bunyi dia lebih kurang mcm tu la.
ni mr sapic punya. aku main bedal order ikut tekak aku. nasib suka.


and air. kurma free. air kosng free. total semua 41.00 no tax.


malam ni xleh nk bermalasan.
kena masak. mr sapic balik lambat.
so what for iftar???

kakyan. pukul 9pg pon belum. dah pikir nk buka ape.
mak2 sgt aku ni.
hahahaha






Thursday, July 03, 2014

Anak lelaki


semalam.

mr sapic buat la reaction ala2 nk membuli aku.
konon2 tgh belasah aku la. tumbuk2 aku la. drama sgt kan.
sebab saja nk tgk ziyad mcm mana.
and as usual.
ziyad mmg sgt protective.
mmg dia berusaha sgt la nk tlg aku.
nk tlg aku dr kena belasah dr ayah dia.
pusing sana pusing sini. tumbuk2 ayah dia.
mulut tak berhenti marah mr sapic. jgn kacau ibu, jgn buat ibu. ibu sakit.
aku pon makin drama la. dok jerit. yad tlg ibu yad tlg ibu.

makin lama makin berusaha la dia nk tlg aku.
at one time ttbe dia ckp.
ibuuu, yad mintak maaf.
suara sedih sgt ok sbb xmampu tlg aku.
tp still lg berusaha masa tu nk selamatkan aku.
pastu mr sapic lg over la buat aku kononye kan.
pastu aku ckp.
yad, lari yad lari. pergi mintak tlg.
tp still dia xnk lari ok. tlg jugak selamatkan aku.
die pon xberhenti la ckp.
yad mintak maaf ibu. mintak maaf.
(mcm best plak main belakon2 mcm ni.. hahaha)
so then aku pon tros soh mr sapic stop and peluk dia.
ala2 dia berjaya la nk selamatkan aku.
drama pon tamat.

................................................................................................................................................

anak lelaki ni.
mmg akan sgt protect mak dia la.
anak perempuan pon sama. tp aku rasa anak lelaki akan sampai ble2. kalau anak perempuan ni.
dah kawen kne dahulukan suami.

but anak lelaki. sampai ble2 mmg tanggungjawab die la nk jaga parent kan.
semua anak lelaki pon mmg mcm ni kan.
termasuk la suami aku. and aku takde hal la kalau dia lebihkan mama die. sebb aku tawu.
what goes around comes around. myb nant ziyad dah besar dia akan treat aku mcm mana ayah dia treat nanny dia.
kat situ pon dia blh nmpak kan. kids nowdays kan lg cepat pandai compare to zaman kita dulu.

skang ni xyah la nk ajar sgt dia belajar. i mean mcm tekankan sgt dia utk baca ke, hafal surah ke.dont too worry, one day at the one level dia akan pandai. setakat nk bg dia hafal abc, 123 and aliff ba ta tu xpela lg kan sebab aku rasa, umur ziyad sekarang, 3 tahun ni. lebih baik aku jar dia hormat org tua, blajar nk berdikari the simple thing, blajar sayang org tua, selalu balik kg jumpa atuk n awan (ecehhh). haaaa gituu.. eh ttbe cerita lain. hahaha.

tapi sebenarnya tu la yg aku nk cakap.
anak ni mmg anugerah allah terbesar. amanah. kita la bentuk dia nk jadi mcm mana.
hope ziyad besar and membesar jadi anak yg baik. hormat parents dia and family. be a good boy.

next week tiga tahun dah dia. ziyad nk adik tak?? ehhhhhh



budak mengada.












Tuesday, July 01, 2014

ramadhan 2014


assalammualaikum

lately hidup mmg busy.
dan buat2 busy pon ye jugak.
tp ramadhan mmg double busy.
semua re arrange.
aku decide masuk office pukul 7.30pg so then blh balik kol 4.30ptg.
niat nk masak la. doakan la niat murni aku ni menjadi kenyataan. heee.
tp rasanya kuih mcm murtabak,roti john segala tu aku beli la. gigih naw aku nk tebar roti buat murtabak.


stok pantry. shopping before ramadhan aritu. gigih kan ahkak.


ramadhan kali ni mcm2 bnda aku plan nk buat.
salah satunye nk buat kuih raya sendiri. aww.
gigih sgt la. tu nanti kalau menjadi kita share ye. hahaha.

pastu terawih.
hopefully dapat selalu buat terawih kat masjid instead of kat rumah.
sebab sejak tiga tahun lepas mmg xdpt pg la terawih kat masjid.
semalam pg. mr sapic jaga anak kat rumah. arini hope dua2 dapat pegi.

baju raya pon xshopping ape pon lg.
mmg mcm ni pon tiap2 tahun.
nanti spent one day all out.
kena make sure semua bnda beli on that day.
kalau x mmg mendapat perlian mr sapic la kalau aku ajak shopping hari lain.

and nk kurus. ni bosan.
xkesah la bosan ke ape.
janji niat ada.
muahahaha.

and lg best. tahun ni turn raya rumah parent ahkak.
suka hati seribu kati la.......



ni before puasa aritu.
buat pot luck kat opis.
ni few je. masa ni blom sampai semua dish.
kalau terer teka kakyan punya lot luck mana satu. ahahaha


k bai.

salam ramadhan. ;)


Thursday, May 08, 2014

hari ibu



pg td dengar radio. cerita pasal hari ibu.
ikutkan tahun ni tahun ketiga aku blh sambut hari ibu.
last year celebrate mcm mana pon aku lupa. ade sambut ke x pon aku x ingat langsung.
even ade jugak aku dengar xelok sambut pasal ape ntah. lupa sangat.
dasar pelupa aku ni.

aku xde la rasa nk celebrate pon. tp kalau ttbe mr sapic nk bg aku flower bouquet ke, blanje dinner ke,
aku on sajooo.
lgpon anak kecik lg. dia pon xde rasa ape sangat kan.
aku nk over feeling2 ibu yg sangat besar pengorbanan pon mcm.... alahai..
baru 3 tahun aku besarkan anak compare to ibu2 yg dah berjaya besarkan anak and menjadi.
mcm mak n mama, sama2 aku salute, sama2 ade kelebihan masing2.

mungkin aku dikurniakan mak yang garang, tp dapat mak mentua yg cool,
mak yg baran, tp dapat mak mentua yg penyabar,
tp mak aku jenis rilex, kau blh cerita apa pon ngan dia, pasal boyfren, boyfren kawan kau, pasal org tu org ni, pasal artis. dia blh sembang.
mak mentua plak jenis blh cerita pasal pinggan mangkuk trend baru, kain corak batik design baru, artis, latest konsert kat malaysia ni pon mak mentua aku taw.

so aku rasa fair, dapat dua mak yg osem. tu pon dah buat aku rasa bahagia.
tgk ziyad pon rasa bahagia.
aku dekat dengan semua, mak dekat, mak mentua lg la dekat xyah cerita la kan.
so hari2 lah hari ibu.

kalau mr sapic x wish kat aku utk hari ibu ni pon aku tarak hal.
no heart feeling.. ;)


Monday, May 05, 2014

pengaruh JJCM



aku mmg suka sangat lah tgk JJCM
tp ade je yg miss.
kalau tertengok tengok. kalau x tengok pon xpe.
tapi masalah bila dah tertengok cepat naw terpengaruh.
mula la nk try gak kedai tu.
oi parah aku ni. lg parah mr sapic la sebab kena layan.
nasib la suami, dapat bini suka makan.

ni satu kedai ni.
dekat bangi je.
sebab tu try. baru gak masuk JJCM.
last two week rasanya.
Choleq @ reko sentral.

masa pergi tu x brapa nk ramai org.
pastu myb sebab baru bukak
so servis dia slow sikit.
tp makanan dia ok la.
kalau sape yg suka colek2 ni blh la try pg situ.
aku amik tiga menu je aritu sebab makan pon anak beranak je.





 choleq ayam cherang - ada ayam, paru, perut and sayur2 and keropok.

ikan kembung n fish ball

air lupa plak nk snap.
aku order carrot susu. sedap jugak.

so far colek dia myb xleh la nk lawan mcm kat terengganu tu.
tp ok la kalau sesape rindu nk makan ikan baru goreng blh la pegi sini.
just makan dlm kedai la ye. bukan makan tepi laut ;)




kedai kedua.
ni jauh skit. kat jaya one pj.
tp xdela aku pg sini semata2 nk makan kat sini.
ade lunch date ngan encik suami aritu.
pusing2 last2 makan kat sini.
terpengaruh sebab dia pg tayang plak JJCM btol2 depan pintu masuk kedai.
so ahkak haruslah nk cuba kan.
;)

SHOGUN Xpress
korean food.
xtaw la nk cite ape.
nk komen benanyak pon xreti sebab ai bkn org korea.
so ai rasa sedap je la.
hehehe.
tp so far ok dan sangat mengenyangkan. potion nmpak kecik tp kenyang gilos.

antara menu yg ada.


aku nk sgt makan bulgogi tu.
tp mr sapic xnk.
nk order takut x abis sebab aku dah order bibimbap.
xpe next time kita try.
jaya one ni sblah je ngan opis mr sapic.



my lunch.
bibimbap.
sedap tp xabis. banyak sangat.
just nasik tu mcm fail skit.
aku xrasa beras tu btol2 dr korea sebab mcm beras malaysia je. hehehe


ni burger mr sapic.
nmpak mcm buger biasa tp "inti" dia sedap.
ayam cincang2. dia xbuat bentuk patty.
dia mcm ayam cincang dalam kebab tu.
mmg mcm tu korean burger style???





bg aku kalau kedai yg kategori x brapa nk mahal n rasa dia ok.
kedai tu blh dikunjungi lg.

;)


Friday, May 02, 2014

makin malas



amboi kakyan. seminggu satu entry je.
dasar sangat kan.
membizi sekarang ok.
kat office tengah cover staff yang cuti bersalin.
so gle x busy.
sangat busy ok. *lap peluh.
ah. malas la nk bg alasan.
cakap jela malas. haha.

last week ari sabtu pergi kenduri kawen lg.
ni ex schoolmate.
kelas lain,dorm lain,sekolah je sama.
dia ada blog dulu.
tp pehal ntah senyap je blog dia.
si farah suka baca blog dia.
bak kata farah blog dia jujur sangat.

masa pg wedding pijah ni abis semua aku angkut.
bawak mak n ayh ok.
aku ni mmg suka bawak mak ayah aku pg wedding member.
mak n ayah plak kalau xde hal mmg ok je nk ikut. hehe.
senang weh. ade org nk jaga anak.
gila xheaven. aku ni ble jmp kawan cepat lupa diri skit. ;)


aku suka sangat pengantin pakai songket.
btol2 nmpak raja sehari ok.
xkira la colour ape pon.
mmg cantik n classic.
aku dulu masa kawen mcm xnk je pakai songket. 
tp bila pakai rasa mcm eh best la.
xpanas ok.
xserabut mcm pakai baju lace batu penuh satu baju.
oi..nk jalan pon susah ok pakai full lace masa belah aku. 

baju yg pijah pilih ni sama colour baju mak dia pakai masa mak dia kawen dulu.
so mmg classic la.
just org dedulu acsesories nk banyak je kan.
skang simple je.
aku plak mak aku nye baju kawen xmuat ok masa aku nk kawen tu.
dasar sangat kan. so buat lain.
kaler blah mr sapic pilih sebab pakai masa kat blah mr sapic.



eh ttbe upload gambar kawen sendiri. hahahaha
bnda aku paling suka masa belah mr sapic ni ialah MUA aku setting rambut aku.
mmg lawa gle ok. gle perasan.hahaha
tp series la. aku puas hati sgt. rasa mcm rambut aku la paling cantik masa tu.
tgk dr depan biasa je. tgk dr belakang. padepowwwww. hehe

eh over lak cite aku kawen dulu dah kenapa.



masa kat wedding pijah ni few je kawan yg aku sempat jumpa.
sebab aku nk balik awal.
nk balik kg.
tp awal x awal la pon. sebab ramai plak kawan ayah aku kat situ.
sebab arwah ayah pijah ni polis. so sama kawan kot. ntah.

yg baju hitam gambar blah kiri bawah tu kira pengantin baru gak.
and dah preggy ok.
tahniah la ye elly.
aku pg jugak wedding dia dulu.
tp xingat la up entry ke x.
jap aku up gambar.



 aku,nono,elly and pijah. masa ni pijah jd bridesmaid.




ni peneman setia.
sayang kamu dua ketat ketat.



ahad tu x kemana.
duk rumah je.
ayah n mak ade ajak balik kg.
sebab nk kemas rumah.
tp malas nk ikut sebab semalam da balik arini nk balik lg.
next week adik aku tunang.
buat kat kg. so mmg kena kemas byk bnda.
last buat kenduri masa arwah atuk ada lg.
ni baru nk start buat kenduri balik.
sekor lembu gak tumbang.
xpaham aku. masa aku tunang dulu pon mcm tu.
wan aku ni mmg suka tumbangkan lembu agaknye.


ahad tu nk masak pon malas.
nk kuar pon malas. sebab seharian hujan.
so bli piza je la ye.





esok ada dua kenduri lg.
makin naik la kau kakyan.





Tuesday, April 22, 2014

nasi goreng 5 minit siap


hari-hari kalau bg laki bawak bekal mesti dia happy.
tinggal aku je rajin ngan x rajin nk buatkan bekal tok dia.
ari2 la dok cerita kat aku naik muak da makan bekfas kat area pj tu.
balik2 makan kat kedai sama.
aloo manja sgt laki ai taw.
pasal makan mesti mengadu.
walaupun aku taw mengadu tu sbnrnye hint nk aku watkan bekfas.


so harini aku rajin skit.
bangun la kol 5 pg watkan bekfas.
masa ni da rasa masak sahur kekdahnye.



masak sempoi je pon.

nasi goreng 5 minit.

tumis bawang merah n putih yg dah blend, ikan bilis, n cili akar yg dah tumbuk. tumis sampai naik bau then masukkn serbuk kuniyt sikit. sikit je jgn banyak. pastu masukkan nasi. last masukkan telur n kacang buncis yg dah hiris.

kalau nasi goreng aku suka letak kacang buncis or kacang botor sebab masa makan tu bunyi grupgrap. 
so mcm sedap gle la nasi goreng aku. hahahaha.



Friday, March 28, 2014

pokpek kak yan


situasi 1 :

ahkak tengah kena chicken pox. gila la, dah besar baru kena. lagi hazab dr budak kecik ok. semua x kena, badan sakit2, kepala sokmo pening. so far ziyad belum berjangkit. aku ok je kalau dia berjangkit. biar cepat kena, cepat elok, senang hilang parut. skang ni aku kat rumah mak. sepanjang kena mmg aku dok rumah mak. mr sapic pon dok ulang alik. gila heaven sakit dok rumah mak. apa nk semua ayah n mak layan. mcm layan org dalam pantang kekdahnya. skang ni misi nk hilangkan parut. oi la. malu mak nk masuk opis muka parut mcm ni.

situasi 2 :

minggu ni mcm2 cerita aku dpt, dr berita kawan umur sebaya meninggal, sampai la berita kena tangkap polis. pasal kena tangkap polis tu aku suka je. hahahaha. gila kejam. sebabnya aku rasa, mmg tiba masanya dia kena tangkap. selama ni nyusahkan org je. aish x baik aku ni. tapi x salah kalau bnda tu utk kebaikan dia. arap la dia berubah, mak dia pon. selama ni anak dia je betul. orang lain semua salah. tlg la. sampai bila nk back up org yang salah kan.

situasi 3 :

rumah. alhamdulillah. loan rumah dah lulus. tinggal nk sign dengan lawyer then dapat kunci rumah. even aku rasa rumah yg aku beli ni x seberapa. tp ok la. sebab nk extend bagi besar. so selesa semua. amin.

situasi 4 :

bulan 5 kenduri tunang adik aku. mcm biasa tukang buat hantaran adalah aku. pastu kena buat 2 set sebab esoknya tunang cousin aku plak. again aku jugak tukang buat hantaran. mira punya hantaran kaler biru n silver. cousin aku punya aku decide kaler peach. sebab aku ada baju kaler peach so xyah la aku bli baju lain masa menghantar nanti. muahahahaha.


*********************************************************************************

Tuesday, March 18, 2014

tahniah kesayangan

ni event last year.
bulan november.
belum pekasam sangat kan.
wedding yanna weh.
da kawen da yanna.
farah je tinggal.
pompuan tu mmg le.
suka nk bg tanggungjawab besar kat aku n mr sapic.
aku n mr sapic rasa bertanggungjawab sangat nk jaga farah tu.
sebab dia tu ntah la.
aih susah nk cerita.

mcm yanna.
dia xrapat ngan mr sapic mcm farah rapat ngan mr sapic.
la mmg la. aku farah n mr sapic satu class.
yanna ni kawan aku dr kecik ok.
so bila dia kawen.
aku la pmpn buat2 sibuk.
padahal xde la tolong sgt pon.
haha.

lagi satu.
bila kuar ngan yanna.
mmg ktorg xsempat snap gambar.
sebab tak biasa kot.
dulu hari2 jumpa.
org kalau jumpa hari2 mana nk snap pastu dulu henpon x canggih.
tp skang jarang jumpa.
bila dah jarang lupa plak sebab kepochi banyak.
so mmg susah la ade gambar ngan yanna. =(



her day.
tudung aku tu kerepot sangat.
menyampah aku.

masa dia nikah ni aku pg ngan mak aku je.
mak aku pon nk la sibuk gak.
yela weh besar depan mata.
harus la kepoh2.
hahaha.

*jap nk recall cerita. banyak da lupa. ahahahaha




yanna kawen ari jumaat petang.
aku n mr sapic half day masa ni.
dr office tros pg rumah mak.
siap2 dalam kol 4 aku and mak pg masjid negeri kat seremban tu.
sampai situ. aku n mak je dah sampai.
yana tgh siap2 lg kat butik.
so menunggu la kat masjid tu kejap.

x lama lepas tu nmpak family yanna datang.
aku as usual perempuan kepochi menyibok la tanya which dulang hantaran yang aku kena angkat.
pastu fahmi abg yanna soh angkat sirih junjung sebab dalam ramai2 tu aku je bukan anak dara.
xde motif sgt fahmi ni.

masa sesi akad nikah.
aku harap sgt tok kadi ni x melalut mcm tok kadi aku dulu.
masa aku nikah dulu, khutbah nikah sejam hokey.
rasa nk pengsan.
dr berdebar nk jadi bini org rasa mcm nk bg amukan.

rasanya yanna sah jd wife afzan dengan sekali lafaz je kot.
cte lama kan. mmg la da lupa.





masa batal air semayang.
masa ni semorang rileks je.
masa aku nikah dulu.
yang menangisnye xleh la nk kira.
rasa semua la nk nangis.
sedih sangat gamaknya.
tp masa nikah yanna ni semua sempoi.


ni mas kawen.
gigih ok bg mas kawen gulung2 mcm ni.
jenuh la nk bukak.


awwww...


jumaat malam tu aku pg kejap tempat yanna reception besok.
yanna tak buat kat rumah dia.
dia buat kat berek polis tempat rumah ktorg masa kecik2 dulu.
kenangan sangat tempat kau kawen ni naa...
nk tlg la ape2 yg patut.
tp xde buat ape sgt pon.
sebab masa tu blh kata semua da setel.

hari kejadian.

aku mmg set dah nk dtg awal.
kengkonon nk tgk yanna bersiap la.
tp sampai tu yanna da siap da pon.
pantas sangat.

x lama lepas tu family afzan sampai.
bermulalah tentatif usual org kawen.
;)

berarak,sanding,tepung tawar, makan beradab, potong kek, pastu bergambar.
(nmpak tak pemalasnye aku nk taip entry)

silver and peach theme.


ex schoolmate


yg tengah tu pengapit, yang kanan tu kakak ipar yanna, belakang belah kanan tu ayah aku. eh terselit plak ayah kat situ. ;)

ayah tabah je. aku suruh datang awal n balik lambat.
masa nk balik tu aku tgk ayah n ziyad dah tertido kat bilik ape ntah. bilik tu ada katil semua.
kesian dorang. hehehe

 ni family yanna kecuali adik yanna. dia ade kat obesi sana.



ni exschoolmate ttj. lelaki kanan yg duduk tu ex classmate. sebelah aku tu gf dia. x sangka ok. dia tu mcm pemalu je dulu.

ni mak yanna. ni muka penat okey. muka aku penat muka mak yanna double penat.

gambar aku kat pelamin ngan yanna n mr sapic malas aku nk upload.
gemuk gle aku.
kojaq sangat taw.
xnk bgtaw pon ahkak nmpak gemuk kat gmbar tu.
even mmg gemuk tp kalau tgkap angle baik blh cover ape.. hahahaha


btw yanna dah pregnant pon skang.
gud luck m2b.take care!!!


=)